Latar belakang Seni bina bermusuhan

Walaupun kewujudan istilah "seni bina bermusuhan" ini masih baharu, konsep ini sama seperti penggunaan kejuruteraan awam untuk mencapai kejuruteraan sosial dan konsep ini bukanlah konsep yang baharu: antara contoh termasuk pesongan air kencing abad ke-19 dan perancangan bandar di Amerika Syarikat yang direka untuk pengasingan penduduk mengikut kaum. [7] [8] [9] Perancang bandar Amerika Robert Moses mereka bentuk laluan Long Island Southern State Parkway dengan jambatan batu rendah supaya bas tidak boleh lalu di bawahnya. Ini menyukarkan lagi orang yang bergantung pada pengangkutan awam, terutamanya penduduk berketurunan warga Afrika Amerika, untuk melawat pantai yang boleh dikunjungi oleh pemilik kereta yang lebih kaya. [10] [11] Di luar Amerika Syarikat, perubahan reka bentuk ruang awam untuk tujuan kawalan sosial juga mempunyai preseden bersejarah: jalan-jalan sempit di Paris pada abad ke-19 sengaja dibuat meluas untuk tujuan membenarkan keupayaan tentera lebih mudah untuk membatalkan protes rakyat. [12]

Berbalik kepada abad ke-21, konsep ini boleh dikatakan diperolehi daripada falsafah reka bentuk Pencegahan Jenayah melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED), yang bertujuan untuk mencegah jenayah atau melindungi harta benda melalui tiga strategi: (1) pengawasan semula jadi, (2) kawalan akses kepada sumber semula jadi dan (3) penguatkuasaan wilayah. [13] Menurut pakar, reka bentuk yang mendorong kepada sifat eksklusif menjadi semakin biasa, dan reka bentuk ini tidak terkecuali di bandar besar seperti Stockholm . [14] [15] [16]

Selaras dengan pelaksanaan garis panduan ruang yang boleh dipertahankan pada tahun 1970-an, kebanyakan pelaksanaan CPTED sehingga tahun 2004 adalah berdasarkan teori reka bentuk yang mempercayai yang bahawa pembentukan persekitaran dan binaan yang berkesan dapat mengurangkan jenayah, mengurangkan ketakutan terhadap jenayah, dan meningkatkan kualiti kehidupan. Pelaksanaan persekitaran terbina (CPTED) bertujuan untuk menghalang pesalah daripada melakukan jenayah dengan memanipulasi persekitaran. Enam konsep utama untuk pelaksanaan CPTED menurut Moffat ialah (1) wilayah, (2) pengawasan, (3) kawalan akses, (4) imej/penyelenggaraan, (5) sokongan aktiviti dan (6) pengerasan sasaran. Mengaplikasikan semua strategi ini adalah penting dalam usaha untuk mencegah jenayah di mana-mana kawasan kejiranan, tanpa mengira samada kawasan tersebut mempunyai kadar jenayah yang tinggi atau tidak. [17]

Di luar CPTED, penyelidikan ilmiah juga mendapati bahawa bandar kapitalis yang moden mempunyai kepentingan dalam menghapuskan tanda-tanda gelandangan dari ruang komuniti mereka kerana mereka bimbang kehadiran gelandangan mungkin menghalang pelaburan daripada individu atau entiti yang kaya dan menyerlahkan kelemahan model ekonomi mereka. [18] Di England, kebanyakan seni bina bermusuhan mereka telah dikaitkan dengan keinginan kerajaan untuk memerangi perkembangan aktiviti anti-sosial seperti mengemis dan pemabuk. [19]

Rujukan

WikiPedia: Seni bina bermusuhan http://www.bbc.com/future/story/20131202-dirty-tri... http://hyperallergic.com/424567/stuart-semple-laun... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098014... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098019... http://www.stltoday.com/news/local/metro/metro-s-b... http://theconversation.com/the-use-of-sonic-anti-l... http://www.theguardian.com/cities/2018/jan/24/anti... http://www.theguardian.com/music/2018/aug/31/art-s... http://www.theguardian.com/society/2015/feb/18/def... http://www.theguardian.com/us-news/2016/jun/10/san...